Program Cerdik Catur Jarak Jauh atau dengan nama singkatan PCCJJ adalah satu konsep baru latihan catur yang pertama kali dijalankan di Malaysia, di mana pihak pengurusan Cerdik Catur Enterprise akan menyediakan satu modul khas dalam permainan catur dan akan diposkan kepada para peserta. Nota yang diberikan kebanyakannya adalah dalam Bahasa Malaysia kecuali beberapa definasi dan ayat yang memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris seperti Pawn, Knight, Queen dan sebagainya.
Bahan-bahan rujukan nota yang menarik akan disediakan kepada para peserta. Para peserta digalakkan menghafal dan memahami isi kandungan nota dalam setiap modul yang diberikan.
Dalam setiap modul yang dipilih, telah dibahagikan kepada 2 bahagian dimana pada awal bulan, modul bahagian pertama akan diposkan kepada para peserta diikuti modul bahagian kedua pada awal bulan berikutnya. Selepas menerima modul tersebut, para peserta boleh mula mengajukan sebarang soalan dari topik dalam modul tersebut menerusi e-mel rasmi PCCJJ yang diberikan. Para peserta juga boleh mengajukan soalan menerusi laman blog catur rasmi PCCJJ. Mulai tahun 2012 juga, setiap 3 atau 4 bulan sekali, akan diadakan perjumpaan percuma selama sehari kepada semua ahli PCCJJ bagi latihan praktikal mengenai modul yang diambil. Makanan dan minuman disediakan. Perjumpaan tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur atau Selangor.
Segala maklumat mengenai program jarak jauh ini boleh diperolehi dari laman blog rasmi PCCJJ iaitu www.pccjj.blogspot.com. Ahli PCCJJ digalakkan sentiasa melayari laman blog rasmi PCCJJ untuk mengetahui perkembangan semasa program ini. Para peserta akan diberi selama 2 bulan untuk mengajukan seberapa banyak soalan kepada pihak penganjur dan jawapan akan diberikan melalui e-mel rasmi PCCJJ. Sijil penyertaan akan diberikan kepada para peserta setelah tamat 2 bulan modul yang dipilih.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi En. Mohd Fadli Zakaria (016-3038892)
E-mel rasmi PCCJJ – pccjj2012@gmail.com
Laman blog rasmi PCCJJ – www.pccjj.blogspot.com
No comments:
Post a Comment